Saturday, January 1, 2011

Sriwijaya FC mengintai Norshahrul Idlan Talaha



OK lets get back to the business..
Post sebelum nih hanya teaser sahaja,kali ni benda 'REal'. Aku telah mendapat sumber yang boleh dipercayai mengenai rumours nih. Dah lama dah aku dengar kelibat twin striker kita di 'scout' Indonesia.

Kehebatan dan aksi lincah penyerang berbisa negara, Norshahrul Idlan Talaha yang twin striker kepada Safee Sali pada saingan Piala Suzuki AFF nampaknya memikat 2 kelab besar dari Liga Super Indonesia untuk mengambilnya sebagai pemain import.


Beliau mengesahkan menerima tawaran dari pasukan Sriwijaya FC yang beraksi di Liga Super Indonesia (ISL) dan sebuah lagi pasukan yang belum dapat dipastikan.

Menurutnya , ejen kedua-dua pasukan itu ada menemuinya dan menyatakan minat mendapatkan khidmatnya.

“Benar saya mendapat tawaran pasukan Sriwijaya dan sebuah lagi pasukan dari Jawa Tengah. Saya bersedia untuk keluar dari Malaysia dan beraksi untuk pasukan ini jika mereka memang serius mahu menggunakan khidmat saya,” katanya.

Ini lah peluang terbaik untuk Nor Shahrul Idlan untuk mengembangkan bakat dan kariernya di luar negara dan Liga Indonesia merupakan pentas terbaik . Corak permainan serta sambutan penyokongnya pun lebih kurang sama hebat liga bola sepak kita.

Sebelum ini bekas jurulatih Perlis , Irfan Bakti Abu Salim pernah membimbing kelab Arema FC selama satu musim di sana dan membawa kejayaan kepada kelab berkenaan . Jadi , offer daripada kelab di sana seharusnya tidak dilepaskan oleh Nor Shahrul .

No comments:

Post a Comment