Wednesday, December 29, 2010

Harimau Malaya Juara Piala AFF Suzuki 2010


Barisan Skuad Malaysia yang Mencipta Sejarah


Hero Malaysia

Sah Malaysia menjadi Juara Piala Suzuki 2010 ! Penyerang berbisa skuad negara , Safee Sali terus menjadi duri dalam daging buat Indonesia apabila menjaringkan 1 gol bagi menambahkan lagi jurang gol pada minit 53 . 2 Gol Indonesia saguhati mereka dijaringkan oleh Mohamed Nasuha & Mohd Ridwan .

Pada separuh masa pertama , pasukan Indonesia dilihat menguasai permainan dengan asakan bertali arus ke kubu skuad negara menerusi rangkaian Cristian Gonzalez , Irfan bachim dan Arief . Tetapi pertahanan Malaysia terus kental bertahan dan ketangkasan penjaga gol Khairul Fahmi banyak menyelamatkan pintu gol negara.

Indonesia mempunyai peluang terbaik untuk merapatkan jurang 3 gol apabila mendapat sepakan penalti selepas bola rembatan Arif terkena tangan Sabre Abu . Malang sekali ketua pasukan mereka Firman Utina gagal menjaringkan gol apabila sepakan lemahnya mudah dibaca oleh penjaga gol Khairul Fahmi Che mat . Mungkin selepas ini media Indonesia & Presiden PSSI akan menyalahkan lagi Dukun & Bomoh di Malaysia sebagai punca Firman Utina sepak bola slow dan mudah didakap oleh penjaga gol Malaysia .

Masuk sahaja separuh kedua , hasil hantaran counter attack terus ke penyerang Safee Sali yang keseorangan berada dalan kawasan lawan dan beliau terus merembat kencang menerusi kaki kirinya terus ke gawang Indonesia menewaskan Markus . Gol Safee ini terus mendiamkan ribuan penyokong Indonesia serta membunuh semangat pemain Indon yang pulun untuk menjaringkan gol bagi merapatkan jurang gol .

Indonesia terus mengasak pintu gol Malaysia dan hasilnya mereka berjaya menjaringkan dua gol menerusi Mohamed Nasuha dan Mohd Ridhwan . Walaupun mereka terus menyerang pintu gol skuad negara , tetapi pemain kita kental bertahan sehingga wisel penamat .

Skuad negara terus bertuah apabila pemain kita Safee Sali dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak Piala Suzuki 2010 selepas menjaringkan 5 gol .

SYABAS & TAHNIAH SKUAD BOLA SEPAK NEGARA !
KAMI RAKYAT MALAYSIA BANGGA DENGAN KEJAYAAN INI

MALAYSIA BOLEH !


sumber:PB

Tuesday, December 28, 2010

Laser Oh Laser & Julia Perez nak tayang tuttt?


Macam-macam la kan

Markus Hendrawan (Goalkeeper Indon) Penipu


DEI!!!Jangan suluh kepala saya nanti shining

KUALA LUMPUR: A beam shone from far -- from the stadium terraces t
o the playing field, for example -- is weak and does not affect vision, an optometrist said yesterday.

This is especially so if a laser pointer is used, Dr Zahimi Chik said when commenting on an incident during the first leg of the Malaysia-Indonesia final in the AFF Suzuki Cup in Bukit Jalil on Sunday night.

The match was stopped for five minutes after the Indonesian coach complained Malaysian fans were dazzling his goalkeeper with a laser beam.


Zahimi, formerly of the Penang Eye Hospital, said the beam of a high-powered laser of the kind surgeons use was dangerous to the eyes.

"This beam will damage the retina if it touches the visual point of the eye even briefly.

"But a beam from a laser pointer, which is used by a lot of people now, is not dangerous except at close range."


Zahimi said that the laser pointer on sale to the public had a low capacity because it was produced with the safety of consumers in mind.

"You have to pay millions of ringgit for a powerful laser. It is impossible for spectators to bring into a stadium a laser that can affect vision."

Also, with the constant movement in a game, Zahimi does not think that a beam could be shone at anyone on the field long enough to have any adverse effect. -- Bernama



Sumber : NST

Monday, December 27, 2010

Harimau Malaya membaham Sang Garuda 3 kali

Steady lah Malaysia…MALAYSIA BOLEH.Norshahrul Idlan Talaha memang TERBAIK!!!!.Aku tabik spring kat hang.

1st gol def Indon cuba body contact Norshahrul tetapi kelincahannya meloloskan diri telas berjaya melorongkan dengan baik untuk Safee Sali menjaringkan gol dengan mudah simple tapping yang berjaya menewaskan Markus Hendrawan isitu penjaga gol Indonesia.

2nd gol gerakan bahaya sekali lagi dilakukan oleh Norshahrul disebelah tepi gawang Indonesia,ternyata Norshahrul menjadi igauan ngeri pertahan Indonesia dimana dia berjaya melakukan fast turning yang memperdayakan dua pertahanan indonesia dan mengelecek seorang lagi yang cuba menghalangnya namun hantaran lintangnya dibias oleh pertahan Indonesia peluang itu dihidu oleh Ashaari dan berjaya diterjemahkan dengan baik oleh beliau.

3rd gol hantaran lintang oleh right back Malaysia berjaya disudahkan oleh ace striker Malaysia yang tidak dikawal ketat oleh pertahan Indonesia,mudah buat Safee Sali melakukan free header untuk menewaskan penjaga gol Indonesia

JOM LAYAN GOL-GOL KEMENANGAN

Saturday, December 25, 2010

Life is like a wheel

 

aku suka quote macam dalam gambar ni

 

Perghh title dah english,writing still rojak haha..Lantak la ada aku kesah haha. Ok Salam kepada semua pembaca tegar blog entry kali ni agak tachin sikit huhu akibt aku terbaca di blog hamzah ian tajuk Hidup Memang Macam Ni La, Kadang-kadang Best, Kadang-kadang Tak Best . Teringat pula kisam zaman silam yang berlaku dulu kat aku. Baru-baru nih kan keluar result PMR,tgk TV semua citer pasal PMR,usha blog pon citer sama kat FB pula meriah dok cerita pasal adik-adik diorang.

Ok buat adik-adik sekalian aku ada pesanan penting ni PMR bukan segalanya untuk anda semua. Kalau dah abis sekolah nanti orang tak akan tanya adik dapat berapa A PMR dulu. Tak ada la adik oiii,soalan cepu cemas yang orang nanti tanya, “erm,adik dapat berapa A SPM?”. Nak daftar masuk universiti pula, “sila isikan keputusan SPM anda di ruangan disediakan.” Tak ada makcik-makcik jiran kita nak tanya pasal PMR lagi.

Kalau PMR dah masyuk abis pon result, belum tentu SPM pon boleh nih nak story sikit pengalaman aku kat semua..huhu…Dulu aku ni boleh la takda la bijak sangat tapi kira cemerlang juga la PMR time 2.BTW dulu aku amik 9 subjek+arab..arab je B..huhu…Time tuh kira macam jalan pon macam diawang-awangan lagi,jiran2 tanya pon laju ja jawab siap cerita lagi satu2..haha.

Zaman Kejatuhan a.k.a Kegelapan

Masuk tingkatan 4 terus je masuk kelas science stream..Jeng,Jeng,Jeng time ni la zaman kejatuhan aku dikala zaman kegelapan menyelubungi diri. Masa ni aku still lagi bak kata orang “CHILL LA BRO”..haha… “Pakcik hang punya chill”..Masa ni la mula belajar benda tak berapa nak “elok”(nakal remaja)hehe..fly hostel p cc..haha..sampai ada kawan aku dulu kena angkut dengan peronda polis balik mai hostel p jumpa dengan warden.Chill punya Chill last2 tengok dah nak SPM dah..ALAMAK!!!! menatang apa pon tak study lagi.Macam mana ni??Aku teringin nak jadi engineer,kalu SPM aku kantoi mampos la aku.Masa ni aku dah menggelabah bewak(ada lagi ke binatang yg sesuai?)p/s:bewak=biawak.

Hampir dua bulan pon berlalu aku mengharungi SPM dengan penuh terkontang-kanting=asal boleh je jawab. Time tuh yang aku yakin jawab ialah paper mate moden,BM,BI,Sejarah(subjek kegemaran aku) aku pon tak tahu semua adik beradik aku semua minat belajar sejarah.huhu..Apa signifikan disini??..Biarla benda tuh kita fokus balik yer kat story tadi, tunggu,punya tunggu malam silih berganti siang akhirnya keputusan diumumkan.

Aku pon pergi la sekolah dengan kawan aku 3 orang kalau tak salah,masa turn aku je amik result kat Ustazah Mahani iaitu guru kelas aku. Dia dah pandang semacam,dia cakap “hmm,result kamu ok la” sambil muka dia yang tak berapa nak senyum. Maybe sedih ke apa..Tengok je slip,huhuhuhu..Rasa macam nak gugur jantung aku tengok result aku,memang jauh gila nak dibandingkan dengan result PMR. Kawan yang datang dengan aku tuh aku ingat lagi PMR dia cuma 3A je,SPM dia gempak kot 8A tak kisah la even dia budak akaun tapi memang nampak hasil dia tu.

Time tuh semua orang muka ceria dok bertukar result masing2 tnya “eh,hang dapat brapa?”..Aku je macam tak da mood sangat masa tuh nak balik rumah nak cerita macam mana la kat family aku yang menaruh harapan tinggi kat aku sebab PMR dulu aku cemerlang.huhu..Belum sampai rumah lagi H/P dah dok bunyi mesej.Oh Tidak malas la nak reply,buat diam sudah.Balik rumah aku pon terpaksa la cerita semua huhu..Sedih aku tengok muka mak aku masa tu.. :(

Sumpah aku ngaku aku rasa macam dah kecewakan harapan mak dan family aku masa tu. Aku rasa DOWN gila sampai aku tak balik kampung pon jenguk tok aku,aku takut nanti makcik2 ngan adik2 ayah aku tanya.huhu..

Nasib baik la aku ada kerja kilang masa tu,tak ada la aku ingat sangat pasal result tu lagi. Tapi yang aku risau adalah,dapat ke aku masuk U??Macam mana dengan cita-cita aku dari darjah satu iaitu bergelar seorang Jurutera. Itu la job 1st sekali aku sebut semasa guru kelas aku tanya masa orientasi darjah satu dulu,aku pon tak tahu macam mana aku tau perkataan JURUTERA tuh masa aku darjah 1

Untuk tau kisah selanjutnya mengenai Zaman Renaissance tunggu part 2 untuk entry ni..Terima Kasih

p/s: Do you believe in KARMA?

Friday, December 24, 2010

200 blog



Klik picture untuk link seterusnya

Game:Football Manager 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat blogwalker dan pembaca tegar blog. Buat pertama kali MT cuba guna Windows Live Writter 2011 untuk update post terbaru terus ke blog.Thanks to Thomas Anderson or CronixsoulNetwowk kerana memperkenalkan software ni.Entry kali ni adalah berkenaan game kegemaran MT “sepanjang zaman”. Tak keterlaluan MT cakap macam tuh sebab dah hampir 9 tahun dah MT follow game ni dari Championship Manager 2003 MT bertukar ke Football Manager 2011. Senang cerita game pasal manager ni memang MT minat. Game ni released 5 Nov 2010 hari tu dan MT install game ni pada 7 NOV 2010 download di isohunt.

Jom kita tengok review mengenai game ni :

New features(sumber wiki)

  • Agents roles have been enhanced; there will be five types of agents that negotiate contracts. Some will give you a blank page for negotiations, while others will ask for too much and others will be more sensible.
  • There will be around a dozen new contact clauses, including a bonus for players making it into the Team of the Year and a minimum fee release clause if a big club comes in.
  • Negotiations with a player have been made "face to face" in order to increase the realism of the game.
  • Training has been enhanced; there will be fourteen extra areas to train players in, and a new match preparation section allows you to train players in specific formations.
  • Interaction with players and other managers has been improved, including making it possible to have private conversations with players.
  • There are new board requests as part of this improved interaction, including requesting higher percentage of transfer revenue and requesting a new stadium if the current stadium cannot be expanded.
  • The news section and inbox have been merged back together with a new look, and there are more options for subscriptions.
  • The match engine has been improved to include player emotion, meaning players will react more visibly to what is happening on the pitch.
  • The much-requested "dynamic league reputation" has been included, meaning that if game-players take on a club in a less fancied nation, and take that club to glory, the reputation of that nation's league will raise.

Taktik sangat flexible mengikut kehendak sendiri

Gameplay

Memang orang akan cakap game ni tak best la sebab tak boleh main cuma tengok je. Itu semua SILAP memang tak boleh main tapi once dah main korang akan feel the passion menjadi seorang manager ni dan akan rasa keseronokan dan pressure macam real life jika team kita nak kalah ke. Perkara paling penting sekali nak bagi tahu kepada yang tak tahu ialah game ni ada Tm Malaysia Liga Super dan ini salah satu faktor yang buat aku suka game ni.Mana ada game lam dunia nak tunjuk liga malaysia PES ada ke?Fifa Manager?. Tak ada kan,so kepada yang nak main game aku syorkan main game ni sebab database dia sangat besar dan sangat best.=)

Join BlogLarian untuk mudahkan blogwalking



Saya suka berblogwalking kerana dapat banyak maklumat dan info terkini disamping itu dapat menambah kenalan secara tidak langsung dapat tingkatkan traffic blog

Kepada rakan bloggers:
Pejuang bangsa
Keris Pusaka
Cronixsoul

Mesti join bloglarian..

Thursday, December 23, 2010

Ulasan Skuad Malaysia di Piala AFF Suzuki 2010


Sumber ihsan Google


Inilah barisan skuad harimau malaya yang akan membaham sang garuda. Rata-rata pemain Malaysia ini adalah pemain muda yang dibentuk oleh K.Rajagopal. Kesemua mereka dilihat begitu serasi bermain bersama.Pujian boleh diberikan kepada tonggak penjaga gol dan pertahanan skuad negara yang dilihat begitu ampuh mengekang asakan pihak lawan sepanjang kempen Piala AFF Suzuki 2010 kali ini. Malaysia yang turun dalam kempen kali ini tanpa kelibat pemain tonggak iaitu Zaquan dan Aidil.Kelibat kembar ini dilihat sebagai big loss dalam skuad Malaysia namun fadhli saas dan Norshahrul Idlan menggantikan posisi mereka dengan baik sekali.

Untuk pengetahuan umum penjaga gol dan dua orang center back Malaysia iaitu Khairul Fahmi,Muslim Ahmad,Fadhli Saas hanya berumur lingkungan 19-21. Permainan yang ditunjukkan mereka begitu mantap,bayangkan jika skuad Malaysia di masa 4-5 tahun akan datang.Adakah Malaysia dapat menjadi gergasi di Asia tenggara ini?Mahupun setanding dengan gergasi Asia yang lain seperti Jepun,Iran dan Korea Selatan.

Kekalahan 5-1 ditangan Indonesia pada peringkat kumpulan itu hanya disebabkan kesalahan individu. Jika diukur semula prestasi Malaysia pada perlawanan selepas itu sangat meningkat,mereka berjaya mengikat Thailand 0-0 dan membelasah Laos. Seterusnya menewaskan penyandang juara iaitu Vietnam pada separuh akhir.Vietnam turun dalam kempen Piala AFF kali ini sebagai pasukan favourite dan pasukan mereka dilihat sebagai pasukan yang terkuat dalam kempen kali ini. Namun sikap over confident mereka dihukum oleh ketajaman ace striker Malaysia iaitu Safee Sali.

Trend kebanyakan pasukan dalam asia tenggara ini iaitu memberikan kerakyatan kepada pemain luar untuk bermain pasukan kebangsaan mereka. Bagi MT,MT berbangga kerana Malaysia tidak berbuat demikian kerana dengan hanya menggunakan anak tempatan Malaysia masih juga berjaya ke final. Biggest failure adalah pasukan Singapura,mereka menggunakan rata-rata tonggak import dalam pasukan mereka,begitu juga Filipina tetapi Filipina menggunakan pemain yang ada mix keturunan mereka. OK la dari Singapura yang bagi nationality macam tu saja. Media tempatan baru ini hangat memperkatakan mengenai BRENDAN GAN iaitu mix malaysian and Aussie.Dia sekarang bermain secara professional di Sydney FC. Bagi MT apa salah jika diberi peluang kepada dia untuk bermain dengan pasukan MALAYSIA kerana dia juga adalah RAKYAT MALAYSIA. Kalau dia bagus why not give him a chance?


Goalkeeper

  • Mohd Sharbinee Allawee Bin Ramli (28) – 7-12-1986

Defend

  • Mohd Sabre Bin Mat Abu (2) – 8-8-1987
  • Mohd Faizal Bin Muhammad (3) – 3-3-1989
  • Mohd Asraruddin Putra Bin Omar (4) – 26-8-1988
  • Mohd Razman Bin Roslan (6) – 14-8-1984
  • Khairul Helmi Bin Johari (7) – 31-3-1988
  • Mahalli Bin Jasuli Belakang (18) – 2-4-1989
  • Mohamad Muslim Bin Ahmad (24) – 25-4-1989
  • Mohamad Fadhli Bin Mohd Shas (27) – 21-1-1991

Midfield

  • Safiq Bin Rahim Tengah (8) – 5-7-1987
  • Amar Bin Rohidan Tengah (12) – 23-4-1987
  • Mohd Khyril Muhymeen Bin Zambri (14) – 9-5-1987
  • Gurusamy Govandar Kandasamy (15) – 11-1-1989
  • Kunanlan Subramaniam (16) – 15-9-1986
  • Mohd Amri Bin Yahyah (17) – 21-1-1981
  • Mohammad Faizal Bin Abu Bakar (19) – 20-9-1990
  • Mohd Amirulhadi Bin Zainal (21) – 27-5-1986
  • Mohamad Ashari Bin Samsudin (26) – 7-6-1985

Stiker

  • Norshahrul Idlan Bin Talaha (9) – 8-6-1986
  • Mohd Safee Bin Mohd Sali (10) – 29-1-1984
  • Izzaq Faris Bin Ramlan (20) – 18-4-1990

Kisah Si Kaki Perempuan


Seorang lelaki bernama Hadi yang baru saja melalui malam pertama bersama isterinya, menceritakan tentang kemusykilan ini kepada seorang kawan, Abu.

Abu : Apa yang berlaku semalam?

Hadi : Begini. Kau kan tahu masa bujang aku suka !@#$%^& perempuan!

Abu : Ho oh! Okay

Hadi : Semalam selepas bersama, tanpa sengaja aku berikan RM 100 pada isteri aku...

Abu : Gila (Abu terperanjat) Bagaimana? Isteri kau marah ke?

Hadi : Itulah yang aku hairan Abu...Aku tak tau kenapa bini aku beri balik rm25 baki kat aku...

Info dari:Mastika(Julai 2010)

p/s:laki bini sama jer..haha

Credit:kisah69

PDRM guna kereta Naza Forte

Salam sejahtera semua.
Pelik la kan,adakah Evo 10 masih tidak cukup laju untuk mengejar penjenayah?
maybe handling Evo 10 masih kurang baik kot,apa-apapun jom kita terjah tengok macam mana rupa kereta naza kia forte tu bila jadi kereta peronda polis.








Agak stylo bukan?memang nampak kacak abis kalau naik kereta peronda ni.

credits pictures: arenakereta,zonbebas

Keputusan Kemasukan ke SBP Tingkatan 1 Sesi 2011

Salam sejahtera buat semua.(credit:beliamuda)

Setelah lebih sebulan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 diumumkan kepada pelajar darjah enam yang telah pun mengakhiri zaman sekolah rendah, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah pun mengumumkan keputusan permohonan untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi pelajar Tingkatan 1 untuk sesi tahun 2011.

Keputusan Permohonan Kemasukan ke SBP Tingkatan 1 Sesi Tahun 2011

Pelajar-pelajar yang menduduki UPSR 2010 boleh menyemak keputusan kemasukan ke SBP Tingkatan 1 secara dalam talian (baca: online).

Semakan Keputusan Kemasukan ke SBP Tingkatan 1

Cara Membuat Rayuan Permohonan Kemasukan ke SBP Tingkatan 1

  • Bagi pelajar yang tidak berjaya mendapat tempat ke SBP, mereka boleh membuat rayuan secara dalam talian (online).
  • Laman web untuk membuat rayuan kemasukan ke SBP Tingkatan 1 sesi 2011 adalah di Sistem e-Rayuan Atas Talian Ke SBP Tingkatan 1 Sesi 2011.
  • Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran murid yang menerima tawaran ke SBP masing-masing.

Surat Tawaran Kemasukan ke SBP Tingkatan 1

Surat tawaran rasmi yang mengandungi maklumat lebih lanjut mengenai tawaran dan pendaftaran telah pun mula dihantar ke mereka yang berjaya.

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 ke SBP untuk Sesi 2011

Pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke SBP Tingkatan 1 sesi 2011 perlu mendaftar ke SBP yang berkenaan pada 5 Januari 2011.

Maklumat Tambahan Berkenaan Kemasukan ke SBP Tingkatan 1

Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03 8321 7400.

Monday, December 20, 2010

Gabungan muzik dari gadjet Apple

Memang stylo abis.Tengok la group ni rilex je diorang main muzik pakai iphone,ipod,ipad dan sewaktu dengannya.
Teknologi semakin canggih,apple dah develop software dan apps yang memang sangat cool jika dapat kat tangan orang-orang yang kreatif macam geng-geng nih.

Jom kita tengok video nih.


Saturday, December 18, 2010

Smiley dalam Facebook Chat

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Untuk post kali ni aku nak share sikit pasal Facebook Chat.
Untuk pengguna FB chat pasti korang selalu dok wat smiley macam ni =D,:p,<3
Apa kata kali nih cuba pula yang macam smiley dibawah ni mesti teruja nak cuba..hehe



Cuba la,cool kan..


Friday, December 10, 2010

Kuala Lumpur International Motor Show 2010

HAVING A BLAST!!!

Memang best pergi Kuala Lumpur International Motor Show 2010(KLIMS2010) yang diadakan di PWTC Kuala Lumpur pada 11 Disember 2010. Teruja sungguh aku tengok kereta-kereta di pameran nih.. Susunan kereta pon ok,masa langkah pertama masuk je hall terus tergamam tengok concept car oleh PERODUA iaitu PERODUA BEZZA.Yang best untuk pengunjung lelaki la,hehe..awek-awek kereta cun kot.Aku tengok kebanyakan Photographer(maksud aku yang bawa DSLR) bukan nak ambil gambar kereta pon tapi gambar model-model kereta..Tapi tak apa la kan bukan selalu nak tengok KLIMS kat Malaysia nih. Actually aku tak ada mood sangat nak menulis sebab tuh banyak gambar je aku upload untuk entry kali nih..Enjoy yer tengok gambar-gambar ni.Tak semua aku upload,banyak sangat gambar.=)

Dibawah nih adalah foto-foto yang diambil sendiri oleh aku dan abang aku (HAK CIPTA TERPELIHARA)



Pose Dulu...=)

Chevrolet Camaro a.k.a Bumblebee

Bumblebee from Autobot
Proton Evolusi -G..canggih kan

Features Evolusi-G
Hehe jom snap2 mereka
Model-model kereta

Proton Jebat

Proton Emas model yang rare.1st time tengok


Lotus Esprit
Model Lotus memang sporty
Alza Infinite upgrade dari yang dulu lebih cantik
Mini car Perodua

Interior Perodua Bezza

Perodua Bezza

Pintu yang canggih

Orang awam yang beratur membeli tiket

Lucky Draw 1st prize Toyota Prius







Wednesday, December 1, 2010

Newcastle United FC

OK salam buat kepada semua kipas susah mati blog.Entry kali nih aku ni story sikit pasal team favourite aku since 2002 iaitu Newcastle United. Masa 2002 tuh NUFC finish at four kalau tak salah aku dlm EPL pastu layak ke Champions league.. 2003 NUFC dapat tempat ke-3..Masa nih la idola aku Alan Shearer tengah top.Ada Laurent Robert kaki kiri yg power,Kieron Dyer yang tengah naik,Jermain Jenas player muda bagus,Shay Given antara penjaga gol terbaik EPL, Craig Bellamy striker yang pantas.Gary Speed midfield terbaik masa zaman tuh,Tak lupa dead ball speacialist Noberto Solano
Abis MU,Arsenal,Chelsea,Liverpool kena kintai..



THE LIVING LEGEND



Dulu masa sekolah aku ingat lagi time tuh form 3,member kelas aku time tuh balut meja dengan plastic konon nak bagi cantik la meja. Tapi 'kami' refer to kipas susah mati bola nih guna kesempatan yang ada nih hias meja kami dengan kelab bola kegemaran masing-masing. Apa lagi meja aku penuh la dengan gambar player Newcastle. Meja kawan yg lain ada juga Arsenal,Chelsea,Liverpool.Manchester TETAPI aku nak stress disini bahawasanya aku seorang saja peminat Newcastle kat sekolah aku dulu memang orang cakap hanya 1 dalam satu sekolah..haha. THE ONLY NUFC FAN EVER LIVE IN THE SCHOOL

Aku tak kisah orang nak kata apa janji aku minat,bukan macam kebanyakan(BUKAN SEMUA) penyokong chelsea tuh lepas Roman Abramovic beli Chelsea baru ramai nak minat sebab Chelsea dah duit banyak. OK kembali ke topik asal,kalau dulu masuk hari isnin je kat sekolah semua asyik cerita game EPL yang main hari sabtu ngan ahad. Most of the story asyik-asyik pasal Arsenal,MU,Liverpool. Terasa juga la diskriminasi time tuh..haha..Game Newcastle hanya akan dibual ketika bertemu big 4 tuh..Tapi tak apa tuh semua kisah lama yang penting even Newcastle relegated sekalipun aku still sokong Newcastle lagi.

So untuk season baru nih aku tengok jersey Newcastle macam cun je,PUMA kot.Aku decide nak beli la sehelai. Aku try la google nak cari klu ada kat butik-butik jual jersey NUFC, aku dah pergi AL-IKHSAN pon tak ada jual. Siot je kira nak jual baju team big 4.Penyokong Spurs pon terima nasib yang sama.Susah nak dapat jersey.Aku terbaca satu blog nih dia tuh beli jersi online kat kitbag.com .Menurut dia

"While most teams’ jerseys are made in Thailand or Indonesia, the NUFC Puma jersey is made in Georgia, while the NUFC women’s jersey is made in Turkey. I don’t really know the significant of this but as long as the jerseys are comfortable to wear, you can make it at Timbuktu for all I care. One last thing, you can’t get the NUFC jersey anywhere in Malaysia (except for the odd one or two shops who imported the shirts from overseas). Best to order it online."

Cool eh,Jersey original NUFC made in georgia. Aku pon decide nak beli jersey online.Nasib baik la aku terjumpa seorang brother dlm Facebook NUFC malaysia fan page. Kebetulan dia memang jual jersey,dia order dari UK beb..So aku pon nego la dengan dia beli baju tuh.

Ini ada sedikit preview untuk jersey yang aku beli tuh:



Ni la Jersey kedua Newcastle aku =)


The Captain


Made in Georgia not Indon or Vietnam



Nick Magpies kat belakang kolar



Puma kat bahagian lengan



Jersey sehelai lagi kit tahun 2004,yg nih aku beli kt road walk jln perak.


Sumber ihsan google


Impian aku yang masih belum tercapai lagi adalah menonton match Newcastle LIVE at St.James Park.Dari dulu lagi aku dok berangan nak pergi newcastle. Sampai la aku pernah google University kat area situ supaya aku leh sambung belajar Master engineering nanti kt situ..hehe




St James Park


So ni la yang aku mampu nak beli ..Tunggu la aku kerja nanti konfem yang ori je jersey..:p
Pastu pergi tengok game NUFC kt St James Park..haha
OK lah setakat itu saja entry kali nih..
Howay the Lads