Saturday, December 25, 2010

Life is like a wheel

 

aku suka quote macam dalam gambar ni

 

Perghh title dah english,writing still rojak haha..Lantak la ada aku kesah haha. Ok Salam kepada semua pembaca tegar blog entry kali ni agak tachin sikit huhu akibt aku terbaca di blog hamzah ian tajuk Hidup Memang Macam Ni La, Kadang-kadang Best, Kadang-kadang Tak Best . Teringat pula kisam zaman silam yang berlaku dulu kat aku. Baru-baru nih kan keluar result PMR,tgk TV semua citer pasal PMR,usha blog pon citer sama kat FB pula meriah dok cerita pasal adik-adik diorang.

Ok buat adik-adik sekalian aku ada pesanan penting ni PMR bukan segalanya untuk anda semua. Kalau dah abis sekolah nanti orang tak akan tanya adik dapat berapa A PMR dulu. Tak ada la adik oiii,soalan cepu cemas yang orang nanti tanya, “erm,adik dapat berapa A SPM?”. Nak daftar masuk universiti pula, “sila isikan keputusan SPM anda di ruangan disediakan.” Tak ada makcik-makcik jiran kita nak tanya pasal PMR lagi.

Kalau PMR dah masyuk abis pon result, belum tentu SPM pon boleh nih nak story sikit pengalaman aku kat semua..huhu…Dulu aku ni boleh la takda la bijak sangat tapi kira cemerlang juga la PMR time 2.BTW dulu aku amik 9 subjek+arab..arab je B..huhu…Time tuh kira macam jalan pon macam diawang-awangan lagi,jiran2 tanya pon laju ja jawab siap cerita lagi satu2..haha.

Zaman Kejatuhan a.k.a Kegelapan

Masuk tingkatan 4 terus je masuk kelas science stream..Jeng,Jeng,Jeng time ni la zaman kejatuhan aku dikala zaman kegelapan menyelubungi diri. Masa ni aku still lagi bak kata orang “CHILL LA BRO”..haha… “Pakcik hang punya chill”..Masa ni la mula belajar benda tak berapa nak “elok”(nakal remaja)hehe..fly hostel p cc..haha..sampai ada kawan aku dulu kena angkut dengan peronda polis balik mai hostel p jumpa dengan warden.Chill punya Chill last2 tengok dah nak SPM dah..ALAMAK!!!! menatang apa pon tak study lagi.Macam mana ni??Aku teringin nak jadi engineer,kalu SPM aku kantoi mampos la aku.Masa ni aku dah menggelabah bewak(ada lagi ke binatang yg sesuai?)p/s:bewak=biawak.

Hampir dua bulan pon berlalu aku mengharungi SPM dengan penuh terkontang-kanting=asal boleh je jawab. Time tuh yang aku yakin jawab ialah paper mate moden,BM,BI,Sejarah(subjek kegemaran aku) aku pon tak tahu semua adik beradik aku semua minat belajar sejarah.huhu..Apa signifikan disini??..Biarla benda tuh kita fokus balik yer kat story tadi, tunggu,punya tunggu malam silih berganti siang akhirnya keputusan diumumkan.

Aku pon pergi la sekolah dengan kawan aku 3 orang kalau tak salah,masa turn aku je amik result kat Ustazah Mahani iaitu guru kelas aku. Dia dah pandang semacam,dia cakap “hmm,result kamu ok la” sambil muka dia yang tak berapa nak senyum. Maybe sedih ke apa..Tengok je slip,huhuhuhu..Rasa macam nak gugur jantung aku tengok result aku,memang jauh gila nak dibandingkan dengan result PMR. Kawan yang datang dengan aku tuh aku ingat lagi PMR dia cuma 3A je,SPM dia gempak kot 8A tak kisah la even dia budak akaun tapi memang nampak hasil dia tu.

Time tuh semua orang muka ceria dok bertukar result masing2 tnya “eh,hang dapat brapa?”..Aku je macam tak da mood sangat masa tuh nak balik rumah nak cerita macam mana la kat family aku yang menaruh harapan tinggi kat aku sebab PMR dulu aku cemerlang.huhu..Belum sampai rumah lagi H/P dah dok bunyi mesej.Oh Tidak malas la nak reply,buat diam sudah.Balik rumah aku pon terpaksa la cerita semua huhu..Sedih aku tengok muka mak aku masa tu.. :(

Sumpah aku ngaku aku rasa macam dah kecewakan harapan mak dan family aku masa tu. Aku rasa DOWN gila sampai aku tak balik kampung pon jenguk tok aku,aku takut nanti makcik2 ngan adik2 ayah aku tanya.huhu..

Nasib baik la aku ada kerja kilang masa tu,tak ada la aku ingat sangat pasal result tu lagi. Tapi yang aku risau adalah,dapat ke aku masuk U??Macam mana dengan cita-cita aku dari darjah satu iaitu bergelar seorang Jurutera. Itu la job 1st sekali aku sebut semasa guru kelas aku tanya masa orientasi darjah satu dulu,aku pon tak tahu macam mana aku tau perkataan JURUTERA tuh masa aku darjah 1

Untuk tau kisah selanjutnya mengenai Zaman Renaissance tunggu part 2 untuk entry ni..Terima Kasih

p/s: Do you believe in KARMA?

3 comments:

  1. uiks bro...
    same laa weh..
    aku pun time spm kantoi gak..
    tp alhamdulillah skrg still survive...
    ade gak ipta yg nak amek aku smbung degree...

    ape yg penting jgn gv up..

    ReplyDelete
  2. lahh sama ke..huhu
    tuh semua kisah lama je saja nak flashback
    tapi agak sedih la..:D

    ReplyDelete
  3. maya pun sedih bila ingat zaman maya sendiri..hancus...bukan masa sekolah tapi masa kat u...

    ReplyDelete