Monday, May 10, 2010

Tak Normal Lagi

Sejak aku menjejak kaki aku ke Universiti aku rasa hidup aku dah tak normal lagi. Nak tau kenapa? Sebab waktu tidor aku la.Dulu kalau aku kat poli aku selalu tidor dalam pukul 1-2.Tapi sejak masuk UTeM,huh..Damn keja sana-sini,terkejar sana-sini.Maklumlah sem lepas saja ada 3 mini projek,kalau time poli nih taraf mini project kat UTeM nih kira Final Year Project la.Tambah-tambah projek subjek Product Design And Development atau lebih mesra dipanggil PDD oleh student-student. Kalau setakat buat research then propose project takpe la,ni siap kena fabricate lagi. Adoiii mana la nak sempat kalau diikutkan,dah la every projek ada report. Mau menangis juga la sem lepas.

Akibat penangan-penangan projek ni la yang membuatkan tidurku semakin tak lena. Siang malam asyik wat keje(yeke?hehe). Ada la jugak men Dota kejap+Fiesta Online.So apa yang aku cuba terangkan disini ialah...huhu..aku dah jadi burung hantu(Hoh0),malam aku berjaga dan siang aku tidor. Even balik rumah pon habit nih tak boleh nak dibuang.huhu..Camne nak wat?waaaaaaaa.

So time sekarang pon aku boleh dok post kat blog nih. (p/s:sekarang pukul 5.33 AM)
Tengok la aku dah jadi burung hantu.hehe
Jap lagi lepas subuh baru aku masuk tidor
Demikianlah cerita aku yang tak boleh tidor malam.

Wednesday, May 5, 2010

Balik Kampung..oooo,Balik Kampung

hmm..

Hari-hari macam ni lahh.Bosannya aku duduk kat rumah mengadap laptop,online,FB,mousehunt dan Ber'DOTA'. Nasib baik la petang tadi abah ajak p rumah tok yang tak berapa jauh dari umah aku nih. Ada la jugak aktiviti aku nak buat petang-petang. Sampai jer umah tok,terus aku sapu daun kering (wahh,wat rajin plak poyo jer).Pastu p bakar sampah then abah suruh pulak tebang pokok nangka sebab batang dia dah tinggi sangat. Dengan berbekalkan tools seperti tangga,gergaji dan parang,kerja menebang dijalankan bersama abah dan adik wan.hehe..Tapi aku x tebang pon,maklumlah kan...'overload' nak naik tangga kayu yang xda sirim tuh..hehehe. So, abah ngan wan jer yang naik tebang.aku just bagi support jer dari bawah..hahaha. Tapi last-last berguna gak aku,hehe. Abah suruh aku p amik tali sebab nk ikat kat batang pokok tuh. Lepas dah ikat abah pon suruh la anak dia yang paling GAGAH nih tarik..hehehe..1,2,3 TARIK!!!!!.

Maka tumbang lah jugak pokok nangka yang tinggi menjangkau langit tuh..wahh hiperbola btol citer aku.Adess lepas dah jatuh ingat dah boleh rilex. Kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan ditengahari.(ada kena mengena ke peribahasa nih?hehe).Kena la pulak aku katam-katamkan batang pokok nih. Aku pon amik la parang lalu menghayun dengan kudrat yang masih ada lagi nih. Gugusan peluhku mengalir membasahi kulit muka ku yang licin nih(hahaha,sengal).Dari riak wajahku terpampang rasa keletihan disitu,namun keteruskan juga perjuanganku...OPPPPPPPSSSSSS,dah2 jangan nak melalut macam sasterawan pulak.hahaha. Dah abis aku katam-katamkan batang pokok tuh. Aku ambil dahan yang berdaun pastu aku bawa ke kandang kambing paklang aku bersebelahan rumah tok aku.Berebut-rebut kambing tuh tengok aku bawa hidangan yang paling sedap iaitu daun pokok nangka.^_^

Lepas dah abis buat kerja,barula aku boleh menarik nafas panjang.huuuuuuhhhhh.Habis basah baju aku ngan keringat-keringat yang dah lama tidak keluar akibat 'berhibernasi' di Melaka.Sekian sajalah yer,nak keluar p rumah Rahim dulu..hehe

Tuesday, May 4, 2010

Assalamualaikum.Ninja 0h Ninja

Yeahh..
Buat pertama kali aku mengarang blog aku sendiri.
Dulu aku tak suka ngan blog2 nih.Tapi fikir2 balik,apa salah aku ada blog sendiri..hehehe..Lagipun cuti nih aku tak tahu nak watpe pon duduk kat umah je..Nak keja malas plak sebab dah belajar susah2,time ni la aku nak rehat pulak.^_^

Hmm..hari ni pagi2 lagi aku dah bangun siap2 nk Politeknik Sbrg Perai. Roger si Am nih,aku p amik dia kt Sg Dua,tembak trus ikut highway p Pmtg Pauh ngan keta BLM abg aku..hehe. Aku p unit peperiksaan, sampai-sampi je kena tunggu kat situ sebab ada budak lain datang nak amik sijil dia juga. Tunggu punya tunggu,last2 sampai turn aku, pakcik yang jaga kaunter tu pon tanya la resit konvo yang aku dah bayar dulu,aku pon bagi la kat dia.Lepas tuh dia pon cari sijil2 aku, tiba2 dia datang dia ucap tahniah..^_^
"wah,banyaknya sijil adik,nah amik pingat nih skali"
huh,tergamam skjp aku,rupanya2 pingat tuh dapat sebab pointer atas 3.5 CGPA..hehe.Aku pon cakap tima kasih kt pakcik kaunter tuh.

Lepas dah amik tuh,sempat la aku p jumpa lecturer projek aku time Dip dlu.En Firdaus bin Ibrahim. Memang sporting abis,klu x macam mana la final projek dapat A.hehe.Sembang punya sembang last2 dia kluar crita pasal moto.Bukan cerita pasal moto cap ayam tau..hehe..Nih cerita moto berkuasa besar.Dia ckp En. Hafaif nak jual moto kawasaki ninja dia tuh.Si Am nih dah ketaq lutut dah dengar maklumlah kawan baru je keja n duit pon dok lebat g. Apa lagi,Am terus ajak aku p cari si Hafaif kat bengkel projek. Sempat la aku tengok junior2 aku dok welding keta go-kart.Lepas slowtalk ngan Hafaif,dia cakap paling kurang dia letak RM10000.wow.Sangat murah tau.Kalau harga kat kedai mau ada dalam RM15000. Pastu si Am nih amik no phone n dia cakap nk balik pikir dlu.Aku rasa la ni dia mesti xleh tidor lagi sebab dok gilakan moto tuh.hahaha.