Wednesday, May 5, 2010

Balik Kampung..oooo,Balik Kampung

hmm..

Hari-hari macam ni lahh.Bosannya aku duduk kat rumah mengadap laptop,online,FB,mousehunt dan Ber'DOTA'. Nasib baik la petang tadi abah ajak p rumah tok yang tak berapa jauh dari umah aku nih. Ada la jugak aktiviti aku nak buat petang-petang. Sampai jer umah tok,terus aku sapu daun kering (wahh,wat rajin plak poyo jer).Pastu p bakar sampah then abah suruh pulak tebang pokok nangka sebab batang dia dah tinggi sangat. Dengan berbekalkan tools seperti tangga,gergaji dan parang,kerja menebang dijalankan bersama abah dan adik wan.hehe..Tapi aku x tebang pon,maklumlah kan...'overload' nak naik tangga kayu yang xda sirim tuh..hehehe. So, abah ngan wan jer yang naik tebang.aku just bagi support jer dari bawah..hahaha. Tapi last-last berguna gak aku,hehe. Abah suruh aku p amik tali sebab nk ikat kat batang pokok tuh. Lepas dah ikat abah pon suruh la anak dia yang paling GAGAH nih tarik..hehehe..1,2,3 TARIK!!!!!.

Maka tumbang lah jugak pokok nangka yang tinggi menjangkau langit tuh..wahh hiperbola btol citer aku.Adess lepas dah jatuh ingat dah boleh rilex. Kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan ditengahari.(ada kena mengena ke peribahasa nih?hehe).Kena la pulak aku katam-katamkan batang pokok nih. Aku pon amik la parang lalu menghayun dengan kudrat yang masih ada lagi nih. Gugusan peluhku mengalir membasahi kulit muka ku yang licin nih(hahaha,sengal).Dari riak wajahku terpampang rasa keletihan disitu,namun keteruskan juga perjuanganku...OPPPPPPPSSSSSS,dah2 jangan nak melalut macam sasterawan pulak.hahaha. Dah abis aku katam-katamkan batang pokok tuh. Aku ambil dahan yang berdaun pastu aku bawa ke kandang kambing paklang aku bersebelahan rumah tok aku.Berebut-rebut kambing tuh tengok aku bawa hidangan yang paling sedap iaitu daun pokok nangka.^_^

Lepas dah abis buat kerja,barula aku boleh menarik nafas panjang.huuuuuuhhhhh.Habis basah baju aku ngan keringat-keringat yang dah lama tidak keluar akibat 'berhibernasi' di Melaka.Sekian sajalah yer,nak keluar p rumah Rahim dulu..hehe

3 comments:

  1. Moga-moga bila dah wat kija2 cmni...montel leh reduce weight...hehe

    ReplyDelete
  2. tq syafiq..hehe
    bosan dok umah.saja je test nak wat blog

    ReplyDelete