Thursday, December 23, 2010

Ulasan Skuad Malaysia di Piala AFF Suzuki 2010


Sumber ihsan Google


Inilah barisan skuad harimau malaya yang akan membaham sang garuda. Rata-rata pemain Malaysia ini adalah pemain muda yang dibentuk oleh K.Rajagopal. Kesemua mereka dilihat begitu serasi bermain bersama.Pujian boleh diberikan kepada tonggak penjaga gol dan pertahanan skuad negara yang dilihat begitu ampuh mengekang asakan pihak lawan sepanjang kempen Piala AFF Suzuki 2010 kali ini. Malaysia yang turun dalam kempen kali ini tanpa kelibat pemain tonggak iaitu Zaquan dan Aidil.Kelibat kembar ini dilihat sebagai big loss dalam skuad Malaysia namun fadhli saas dan Norshahrul Idlan menggantikan posisi mereka dengan baik sekali.

Untuk pengetahuan umum penjaga gol dan dua orang center back Malaysia iaitu Khairul Fahmi,Muslim Ahmad,Fadhli Saas hanya berumur lingkungan 19-21. Permainan yang ditunjukkan mereka begitu mantap,bayangkan jika skuad Malaysia di masa 4-5 tahun akan datang.Adakah Malaysia dapat menjadi gergasi di Asia tenggara ini?Mahupun setanding dengan gergasi Asia yang lain seperti Jepun,Iran dan Korea Selatan.

Kekalahan 5-1 ditangan Indonesia pada peringkat kumpulan itu hanya disebabkan kesalahan individu. Jika diukur semula prestasi Malaysia pada perlawanan selepas itu sangat meningkat,mereka berjaya mengikat Thailand 0-0 dan membelasah Laos. Seterusnya menewaskan penyandang juara iaitu Vietnam pada separuh akhir.Vietnam turun dalam kempen Piala AFF kali ini sebagai pasukan favourite dan pasukan mereka dilihat sebagai pasukan yang terkuat dalam kempen kali ini. Namun sikap over confident mereka dihukum oleh ketajaman ace striker Malaysia iaitu Safee Sali.

Trend kebanyakan pasukan dalam asia tenggara ini iaitu memberikan kerakyatan kepada pemain luar untuk bermain pasukan kebangsaan mereka. Bagi MT,MT berbangga kerana Malaysia tidak berbuat demikian kerana dengan hanya menggunakan anak tempatan Malaysia masih juga berjaya ke final. Biggest failure adalah pasukan Singapura,mereka menggunakan rata-rata tonggak import dalam pasukan mereka,begitu juga Filipina tetapi Filipina menggunakan pemain yang ada mix keturunan mereka. OK la dari Singapura yang bagi nationality macam tu saja. Media tempatan baru ini hangat memperkatakan mengenai BRENDAN GAN iaitu mix malaysian and Aussie.Dia sekarang bermain secara professional di Sydney FC. Bagi MT apa salah jika diberi peluang kepada dia untuk bermain dengan pasukan MALAYSIA kerana dia juga adalah RAKYAT MALAYSIA. Kalau dia bagus why not give him a chance?


Goalkeeper

  • Mohd Sharbinee Allawee Bin Ramli (28) – 7-12-1986

Defend

  • Mohd Sabre Bin Mat Abu (2) – 8-8-1987
  • Mohd Faizal Bin Muhammad (3) – 3-3-1989
  • Mohd Asraruddin Putra Bin Omar (4) – 26-8-1988
  • Mohd Razman Bin Roslan (6) – 14-8-1984
  • Khairul Helmi Bin Johari (7) – 31-3-1988
  • Mahalli Bin Jasuli Belakang (18) – 2-4-1989
  • Mohamad Muslim Bin Ahmad (24) – 25-4-1989
  • Mohamad Fadhli Bin Mohd Shas (27) – 21-1-1991

Midfield

  • Safiq Bin Rahim Tengah (8) – 5-7-1987
  • Amar Bin Rohidan Tengah (12) – 23-4-1987
  • Mohd Khyril Muhymeen Bin Zambri (14) – 9-5-1987
  • Gurusamy Govandar Kandasamy (15) – 11-1-1989
  • Kunanlan Subramaniam (16) – 15-9-1986
  • Mohd Amri Bin Yahyah (17) – 21-1-1981
  • Mohammad Faizal Bin Abu Bakar (19) – 20-9-1990
  • Mohd Amirulhadi Bin Zainal (21) – 27-5-1986
  • Mohamad Ashari Bin Samsudin (26) – 7-6-1985

Stiker

  • Norshahrul Idlan Bin Talaha (9) – 8-6-1986
  • Mohd Safee Bin Mohd Sali (10) – 29-1-1984
  • Izzaq Faris Bin Ramlan (20) – 18-4-1990

2 comments:

  1. salam..

    tak sabar nak gi Bukit jalil ni....

    minta Malaysia bubuh 2 atau 3 gol..
    baru best main di jakarta nanti...

    ** follow ur blog..**8

    ReplyDelete
  2. 2 la...sayang aku xleh p ada wedding cousin aku haritu kt kedah..amik gambar nnti update kt blog k..boleh gak aku lpas rindu tgk

    Thanks follow

    ReplyDelete