Saturday, January 29, 2011

Life is like a wheel-Part 2

Actually aku tulis post ni minggu 1st kuliah. Tak sempat nak habiskan post ni,so aku pon peram dulu post ni dalam windows live writter.Ok salam semua seperti yang dijanjikan sambungan kepada entry “sebelum2” ini Zaman Kegelapan. Kali ini kisah agak gembira jika hendak dibandingkan dengan post sebelum ni yang agak tragis dan menyayat hati.hahaha.yeke?lol

Zaman Renaissance

Ok selepas grade je dari Politeknik Seberang Perai aku terus apply ke IPTA dengan harapan dapat sambung belajar lagi. Alhamdulillah, Allah s.w.t Maha Pemurah dapat juga aku sambung belajar di UTeM. Mungkin ada hikmah juga SPM kantoi dulu,dah memberikan aku sedikit keinsafan. =] .Tau tak UTeM tuh U apa?

UTeM = Universiti Teknikal Malaysia Melaka. 1st Technical University in Malaysia..

Wahh promo sikit hehe. Actually makcik2 kat kampung aku tuh selalu confuse UTeM ngan UTM.

makcik kampung: eh hang belajaq kat mana la ni? dulu kat poli kan

Aku : erm saya belajaq kat UTeM makcik.

makcik kampung : (Dia pon menyampuk lagi) ohhh yang kat Skudai tu kan..

Aku : (dalam hati kata layan jela makcik nih) ye2 makcik lebih kurang la 2..hehe

p/s : begitulah senarionya..sob3..tapi interesting fact yang aku nak share,lagu rasmi UTeM komposernya adalah ketua Juri AJL baru-baru ni iaitu M.Nasir..lalalala~~

Ok jom sambung cerita si hamba Allah dari negeri anak mami banyak ni.:p…Masuk je UTeM semua dah belajar dalam BI dah, agak kekok juga la mula-mula tuh maklum la saya ni budak poli je pon mana la layak nak kawan dengan budak matrix yang pick up turbo je,hehe jangan marah JK. Term engineering yang selama ni belajar kat poli semua dah lain,merangkak juga la mula-mula tu.

Untuk semester pertama berada di UTeM,hati masih ada ting-tong. Suka sebab dapat peluang boleh buat degree, study pon cukup rasa je masih dengan pace study di politeknik. Lepas je result first sem kuar..huuuuuhhhh ya rabbi.. Teruknya result..huhu.. Tak pernah dalam sejarah hidup aku dapat pointer macam tu,kalau kat poli ni malu kot kalau dapat pointer macam tu. Tapi nasib baik la aku tak kena buang,member aku 5 orang kena buang. Ramai juga yang KS ataupun Kedudukan Bersyarat iaitu pointer 1.7 - 2.0

Yang lepas kita tinggalkan,buang yang keruh ambil yang jernih. Ok yang jernihnya aku kena ubah pace study kat UTeM ni,tak boleh lagi dah buat style poli dulu. Exam study last minute pon boleh dapat A siap ++ lagi. Kat U xdapat la ceq,hang buat lagu tu pakai kena tendang balik kampung la jawabnya. Alhamdulillah segala penat lelah membuahkan hasil 2 sem seterusnya berjaya push cgpa 3.00 =). Syukur kepada Allah S.W.T tak lupa juga kepada doa ibu bapa dan bantuan rakan-rakan yang sudi mengajar insan yang lemah nih.

Seriously kos kejuruteraan ini amat mencabar dan aku sukakannya. Banyak benda baru aku belajar,hari demi hari telah mematangkan diri aku. Tak sabaq aku nak p Latihan Industri. Nak praktik segala ilmu yang aku belajar kat U dan menimba ilmu baru di Industri.Petang tadi aku baru siap print resume,excited juga aku nak praktikal kali ni. Praktikal masa diploma dulu best tapi agak letih la mana tak letih,berdiri 7 jam guna Milling Machine dan Grinding Machine. Duduk pon masa service mould dan waktu rehat tengah hari.

 

 

 

 

 

 

 

    milling machine                                           Surface Grinding

Setakat itu saja nukilan aku,harap segala yang dirancang berjalan dengan lancar. =)

p/s : Sape2 yang ada kabel baik punya untuk aku Latihan Industri,please PM me ok..  -Tendou Souji -

“My Place, My Territory, My Rules”

No comments:

Post a Comment