Saturday, January 1, 2011

BREAKING NEWS: PSPS PekanBaru dan Persija cuba memancing Safee Sali


Ok malam nih asyik cerita pasal perpindahan pemain je.Menurut sumber terdekat berita terbaru yang hangat diperkatakan di media Indonesia khabarnya pasukan PSPS PekanBaru berminat untuk menggunakan khidmat ace striker Malaysia iaitu Safee Sali.

Selain Nor Shahrul Idlan yang dikatakan cuba dipikat oleh Sriwijaya FC dan kelab dari Jawa Tengah , kini Penjaring Terbanyak Piala Suzuki 2010 , Safee Sali pulak cuba dipancing oleh kelab PSPS Pekan Baru dari Liga Super Indonesia .

Kelab terbabit sekarang ini menduduki tempat ke 7 dalam carta liga dan kini mencari penyerang bagi membantu kelab mereka mencabar kejuaraan liga .

Selain PSPS Pekan Baru, dikhabar kelab berpengaruh di Indonesia , Persija juga dikatakan berminat mahu mendapat Safee Sali . Pengurusan Kelab Persija akan tiba di Kuala Lumpur bagi berunding dengan Selangor FA bagi membeli Safee untuk dibawa ke kelab mereka .

No comments:

Post a Comment