Showing posts with label change. Show all posts
Showing posts with label change. Show all posts

Friday, April 25, 2014

Entri Rant: Selepas 3 tahun

Assalamualaikum dan hi uolss,(bajet ada readers nak baca but I don't mind ^_^ )

Its been a while kan?. Dah 3 tahun tak update blog cekodok ni dan dibiarkan macam tu je. Alhamdulillah buka je nuffnang ada la juga income pasif masuk (rezeki dari Allah).

Aku telah memasang angan-angan najis ayam yang baru untuk start blogging balik. Walaupun sekarang mempunyai kekangan masa sebab telah bekerja dan selalu main game je kalau masa tengah cuti tu tapi nak curi juga masa sedikit untuk update blog.

Jadi ku dah decide nak buat sesuatu yang produktif dan bermakna demi kemandirian diri mahupun sejagat.(Apakah??) Lately, aku hanya buat rutin harian je, bila fikirkan balik SAMPAI BILA? SAMPAI KAPAN? SAMPAI KENA KAPAN?

Sebelum kena kapan ke apa, aku rasa kena keluar dari rutin tu or else hari-hari rasa macam tak ada benda yang outstanding langsung dalam hidup ni.

Buat la apa-apa pun yang produktif (boleh menuai hasil dari apa kita buat) :

  1. Berniaga (cekodok,T-Shirt, galah selfie a.k.a monopod etc)
  2. Membaca
  3. Bersukan
  4. Melukis
  5. Online (business,blogging,vlogging, networking yang memberi hasil)
  6. Online game yang boleh buat profit
  7. Dan sebagainya
Kalau nak list down memang banyak, tapi manusia selalunya "resist to change" atau tak nampak peluang yang dah ada depan mata untuk ambil "It is now or never" kau tak nak ambil, orang lain sapu dan kau masih macam si luncai dengan labu-labunya.


Setakat itu lah rant dari aku setelah tiga tahun tak update blog. Doa-doakan lah aku boleh update banyak post lagi.


Abam Piji said: One does not simply change their own routine unless they have something to prove from it.